Monday, May 7, 2012
Wednesday, March 7, 2012
semalam aku meluahkan isi hati ku padamu dengan serius untuk mengabilmu sebagai teman hidupku..
andainye kau mernerima lamaran ku, maka sinaran hidupku akan lebih bercahaya dan bersinar dari hari sebelumnya..
percayalah bahawa kau akan ku sunting menjadi milikku dengan bertakhtakan bahagia di mahligai indah..
percayalah dengan kesunnguhanku tanpa diperolok-olokkan..ku menantimu dengan penuh seribu tanda tanya....
sekali kau ungkapkan perkataan I LOVE U setiap saat detik ku rasa bahagia...
berjanjilah padaku bahawa hanya aku saja yang berkahta dihatimu sehingga ke akhir hayat..
hiasan pertama ku pada dirimu ialah.. AKU MAHU MELAMARMU SEBAGAI ISTERIKU..
hanya itu ungkapan dan permintaan ku yang kuluahkan dari hati nuraniku..
berjanjji padaku dengan kejujuranmu bahawa HANYA AKU PENDEKAR DALAM HIDUPMU..
hanya aku saja yang mengceroboh kehidupan peribadimu..
dan berjanji la padaku bahawa hanye aku saja yang kau merelakan kehidupanmu diceroboh..
berilah kepercahayaan kepada kesetiaanku
renungilah nilai murniku kepada kejujuranku...
sanjungilah aku kepada kesungguhanku..
DAN,....
biarlah aku orang yang pertama melafazkan AKU TERIMA NIKAHNYA DENGAN MAS KAWIN YANG TERSEBUT ITU...
SAHABAT (!)
Mempunyai seorang sahabat sejati lebih berharga dari seribu teman yang mementingkan diri sendiri.
Apa yang kita alami demi teman kadang-kadang melelah dan menjengkelkan,
tetapi itulah yang membuat persahabatan mempunyai nilai yang indah.
Persahabatan sering menyuguhkan beberapa cubaan,
tetapi persahabatan sejati dapat mengatasi cubaan itu bahkan erat bersama kerananya...
Persahabatan tidak terjalin secara langsung tetapi memerlukan proses yang panjang
seperti besi menajamkan besi, demikianlah sahabat menajamkan sahabatnya.
Persahabatan diwarnai dengan pelbagai pengalaman suka dan duka,
dihibur - disakiti, diperhatikan - dikecewakan, didengar - diabaikan, dibantu - ditolak,
namun semua ini tidak pernah sengaja dilakukan dengan tujuan kebencian.
Seorang sahabat tidak akan menyembunyikan kesalahan untuk menghindari perselisihan,
tetapi kerana kasihnya ia memberanikan diri menegur apa sepatutnya.
Sahabat tidak pernah membalas pukulan dengan ciuman,
tetapi menyatakan apa yang amat menyakitkan dengan tujuan sahabatnya mahu berubah.
Proses dari teman menjadi sahabat memerlukan usaha pemeliharaan dari kesetiaan,
tetapi bukan pada saat kita memerlukan bantuan barulah kita memiliki motivasi mencari perhatian,
pertolongan dan pernyataaan kasih dari orang lain,
tetapi mampu berinisiatif memberi dan mewujudkan apa yang diperlukan oleh sahabatnya.
Kerinduannya menjadi sebahagian dari kehidupan sahabatnya,
kerana tidak ada persahabatan yang diawali dengan sikap egois.
Semua orang pasti memerlukan sahabat sejati,
namun tidak semua orang berhasil mendapatkannya.
Banyak pula orang yang telah menikmati indahnya persahabatan,
namun ada juga yang begitu hancur kerana dikhianati sahabatnya.
Ingatlah bila kali terakhir anda berada dalam kesulitan. Siapa yang berada di samping anda ??
Siapa yang mengasihi anda saat anda merasa tidak dicintai ??
Siapa yang ingin bersama anda saat anda tak boleh memberikan apa-apa ??
MEREKALAH SAHABAT ANDA
Hargai dan peliharalah selalu persahabatan anda dengan mereka.
**Dalam masa kejayaan, teman-teman mengenal kita. Dalam kesengsaraan, kita mengenal teman-teman kita **
• °ღ • ISTIKHARAH CHENTAKU .• °ღ •
"Jika namamu yang ditulis di Luh Mahfuz untuk diriku, nescaya rasa cinta itu akan Allah tanamkan dalam diri kita. Tugas pertamaku bukan mencari dirimu tetapi mensolehahkan diriku."
"Sukar untuk mencari soleh dirimu andai solehahku tidak setanding dengan kesolehanmu. Janji Allah pastiku pegang dalam misi mencari dirimu,
'Lelaki yang baik untuk wanita yang baik."
Ya Allah...
Seandainya rindu ini suci maka kuatkanlah...
Seandainya ukhuwah ini kudus maka panjangkanlah...
Seandainya luka ini berhikmah maka biarlah...
Seandainya ingatan ini berfaedah maka teruskanlah...InsyaAllah,aamii n ya Allah..
KATA-KATA YANG MEMBUAT RAMAI SEBAK
» Bila mak kata dia teringat, kita jawab kita sibuk sangat.
» Bila ayah kata dia rindu, kita jawab nantilah hujung minggu.
» Bila mak minta kita pulang, kita jawab kita belum lapang.
» Bila ayah minta kita singgah, kita jawab kerja kita belum selesai.
» Bila hati kita terguris, kita kata “Mak memang tak pernah faham”.
» Bila hati kita terhiris, kita kata “Ayah memang tak ambil kisah”.
Tetapi ....
» Bila hati mak kita terguris, mak kata “Tak apa, dia masih muda”.
» Bila hati ayah kita terhiris, ayah kata “Tak apa, belum sampai akalnya”.
» Bila kita menagis tanda lapar, mak berlari bagai hilang kaki.
» Bila kita merintih tanda derita, ayah bersengkang mata bagaikan tiada lena.
» Bila kita sedih kerana gagal, mak setia membekalkan cekal.
» Bila kita pilu kerana kecewa, ayah teguh berkata dia tetap bangga.
Jadi, ingatlah pengorbanan ibu bapa kita, cintailah mereka lebih dari kita sendiri, kerana tanpa mereka, siapalah kita ♥
Islam mengajar agar anak-anak menghormati ibu bapa dan menghargai pengorbanan mereka. Perintah ini banyak dimuatkan dalam al-Quran yang menunjukkan bahawa perkara ini amat penting.
“Dan Kami perintahkan kepada manusia (agar berbuat baik) kepada kedua orang tuanya, ibunya telah mengandungkannya dengan keadaan lemah yang bertambah-tambah, dan menyusukannya selama dua tahun, bersyukurlah kepadaKu dan kepada kedua orang tuamu, hanya kepada Aku kembalimu” (Luqman, 31: 14)
Subscribe to:
Posts (Atom)